Monday, September 29, 2014


Keluarga Aisyah- Panduan kerja Di Rumah

Assalamualaikum


Sebelum letak jawatan, sebelum hantar surat kasih sayang, buat latih tubi pendapatan RM100 sehari bersih.
1. Latih tubi RM100 bersih
2. Latih tubi RM100 bersih
3. Latih tubi RM100 bersih
Sekiranya belum dapat, belum berjaya, lupakan dahulu hasrat untuk berhenti. Jadi fokus sekarang adalah latihan di atas ya.
Di akademi melalui rakan niaga/ pengurus online, inilah saya tekankan. Daftar dan usahakan dahulu balik modal, kemudian masuk fasa latih tubi pendapatan bersih harian RM100 sehari. Selagi tak dapat selagi itu buat latihan. Buat latihan ini dahulu sebelum fikir wang juta jutaan. Pandai urus yang kecil sebelum urus yang besar.
(Nota kasih sayang, pengasas akademi bekerja di rumah)
Ini dari saya pula, latih buat dan fokus sungguh-sungguh. Jangan hanya semangat membara sekerat jalan. Buat sehingga dapat hasil. Nak mula sesuatu memang payah dan susah. Bila dah mula kita perlu kekal fokus jadikan ia rutin. Buat sehingga dapat lebih dari apa yang kita sudah keluarkan. Jangan ada rasa suka berada dalam keadaan zon selesa.
Kami beri peluang untuk suri bermula, kalian hanya perlu buka ruang dan peluang untuk bertindak. 



Berminat hubungi saya : 
Pn.masni Mahi 
Pm/whatsapp ke : 0174348737
Facebook :Ibu Nur Aisyah
Email : masnibintimahi@gmail.com

Saturday, September 27, 2014

Rancang penulisan


1.      Sediakan buku catatan khusus untuk blog.
Buat catatan setiap hari. Apabila ada masa lapang, tulis semula di blog. Buku catatan adalah satu cara termudah untuk melatih penulisan. Tulis apa sahaja yang berlaku, sebaik buka mata hingg tidur malam hari.
2.      Tulis semula mengikut tarikh.
Setiap hari kita boleh perolehi banyak perkara, tulis berkaitan aktiviti rutin. Tulis pengalaman baru, pengalaman manis. Tulis, dan tulis semula dalam blog.
3.  Pecahkan penulisan mengikut label/kategori. Lima label asas diberikan iaitu, catatan harian, catatan pengalaman, tiga lagi berdasarkan jawapan analisa.

Tips konsisten menulis
-          Rancang penulisan berdasarkan kerangka besar mengikut label/kategori yang diberikan.
-          Mula pecahkan mengikut kategori dan entri
-          Kecilkan lagi untuk maklumat harian, boleh disimpan sebagai draf atau terus publish walau dua paragraph.
-          Apabila ada kesempatan curi masa untuk tambah dan sunting.

Tugasan pertama yang kena buat


Assalamualaikum 

sebelum kita nak mulakan kelas apa yang kita perlu buat ada ialah senaraikan semak analisa sebelum mula bina blog.


Senarai semak analisa sebelum mula bina blog.

1. Nama mengikut ic
Tujuan penjenamaan diri di blog, fb, bisnes dan urusan profesional.

2. Pendidikan
Asas penting untuk tahu kemahiran dan juga latar belakang awal membantu dalam sokngan penjenamana diri dan memperkenalkan diri kepada pembaca, bakal pelanggan.

3. Pengalaman kerja
Juga penting untuk memudahkan penulisan dalam Catatan Pengalaman. Pengalaman ini sangat penting, dan membantu idea penulisan. Ia boleh jadi pengalaman yang mahal untuk dikongsi. Ia juga seperti resume diri dalam blog.

4. Pengalaman bisnes
Juga penting, membantu memberi keyakinan kepda pembaca/pelanggan. Ini juga penting dan penentuan label blog.

5. Minat, kemahiran, kepakaran.
Kadangkala selain tiga perkara yang ini juga, setiap individu ada bakat atau kemahiran yang lain. Ini boleh dikembangkan lagi dalam bisnes atau aktiviti yang lain. Sangat penting perkara no.5 dan ia boleh juga menentukan tajuk blog.

6. Buku, jenis bahan bacaan yang suka dibaca.
Ini juga membantu untuk penentuan tajuk blog. Selain itu ia membantu penentuan label dan buku rujukan/ bahan penllisan. Jadi penulisa tidak akan putus idea.

7. Nyatakan url blog sedia ada dan fan page. 
Sangat penting, kadangkala ada pelajar yang sudah ada blog, jadi kita boleh tengok sebelum dan selepas masuk kelas.



Friday, September 26, 2014

Bayar gaji diri sendiri


Assalamualaikum

Sejujurnya, saya antara orang yang liat dan payah menyimpan. Mula-mula memang sangat susah. Sentiasa tidak cukup wang untuk disimpan. Jika berjaya simpan wang pun, belum cukup bulan, sudah mula mengeluarkannya semula. Saya paksa diri untuk mula simpan. Tahukah anda, dengan tidak disangka-sangka, apabila melihat duit di dalam akaun bertambah setiap bulan saya mengalami satu perasaan yang hebat. Saya merasakan diri telah mencapai kejayaan yang besar. Saya rasa begitu bangga dengan diri sendiri. Alangkah bagusnya jika saya telah bermula lama dahulu, tentu lebih banyak wang simpanan yang saya ada. Masa itu, hanya fikir untuk terus simpan dan simpan wang lagi.

Bagaimana kita mendisiplinkan diri untuk simpan 1%, 10%, 20% atau sehingga 50%, dari sumber pendapatan? Cuba tips ini:
1) Anggap ia sebahagian dari senarai bil bulanan
Bayar diri kita seperti mana kita bayar bil bulanan yang lain. Sama seperti bil ASTRO, bil Maxis, bil utiliti, bil insurans dan lain-lain bil lagi. Sambil bayar bil bulanan, terus sahaja pindahkan wang ke akaun simpanan yang dikehendaki.
2) Buat potongan gaji
Saya pernah isi borang dan hantar ke Bahagian Sumber Manusia (HR) di pejabat saya, untuk membuat potongan gaji terus ke akaun ASB pada masa itu. Pihak HR yang uruskan semuanya selepas itu. Tahu-tahu, duit gaji yang diperoleh di dalam akaun gaji adalah amaun yang telah siap ditolak dengan simpanan. Kita seolah-olah hanya menerima gaji sejumlah yang demikian untuk dibelanjakan.
3) Set jadual pindahan wang secara automatik (Standing Instruction -SI)
Kita boleh set satu SI dengan menetapkan tarikh pindahan ingin dibuat dan kekerapan pindahan wang. Boleh pilih dari pilihan Mingguan, Bulanan, Tahunan dan beberapa pilihan lagi. Imej dibawah merujuk kepada perbankan atas talian Maybank.
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Guru Online: Aishah Hussein

hutang oh hutang



Assalamualaikum 

Teks: Norzalina Hamzah

Selepas tamat pengajian, mula bekerja, saya sudah mula bina profil hutang. Saya buat hutang kereta untuk 6 tahun. Habis sahaja hutang kereta, buat pinjaman perumahan pula. 15 tahun. Hendak dijadikan cerita, atas sebab keperluan dan keputusan yang kurang bijak pada masa itu, tambah hutang pinjaman peribadi. Juga buat keputusan untuk "upgrade" kereta. MasyaAllah.
Entah bagaimana, pada suatu hari, saya duduk dengan sebatang pen dan sehelai kertas. Saya senaraikan semua hutang. Saya tuliskan bayaran bulanan setiap pinjaman yang ada. Saya hanya boleh bayar semua hutang ini mengikut jadual apabila umur saya mencecah 50 tahun! Adakah saya akan bekerja makan gaji selama itu? Bagaimana saya boleh buat keputusan yang tidak bijak selama ini? Jawapannya hanya satu- kurang ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan.
Saya jumpa pegawai bank untuk konsultansi percuma. Saya cari maklumat tentang pengurus kewangan dan jumpa "financial planner". Saya baca kisah mereka yang telah berjaya bebas hutang. Saya buat kajian bagaimana untuk bayar pinjaman dengan lebih cepat. Tahukah anda:
1) Bebas hutang bukan bebas kewangan
Terima kenyataan yang kita banyak hutang pinjaman sekarang. Bayangkan jika diberi wang yang banyak untuk bayar semua hutang. Kemudian, apa pula selepas itu? Masih belum bererti dan masih belum selesai masalah. Adakah ingin bekerja sehingga usia mencecah 50-an? Bagaimana menanggung kehidupan sekiranya tidak bekerja. Bebas hutang adalah komponen yang penting dalam pengurusan kewangan. Tetapi ia hanyalah sebahagian kecil darinya sahaja.
2) Pertimbangkan untuk berjumpa "financial planner"
Saya berpeluang berjumpa Zaidi Ismail. Memanglah hanya kita yang tahu keadaan dan kedudukan kewangan kita. Tetapi tidak salah jika kita mendengar pendapat orang lain yang tentunya pakar di dalam bidang mereka sendiri. Kita duduk dan dengar bagaimana mereka analisa masalah kita dan mencadangkan langkah penyelesaian. Ada banyak yang kita boleh belajar dari mereka. Ada banyak peluang yang kita akan temui.


======

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Ulasan Anys Idayu


Assalamualaikum


Alhamdulillah selesai sudah membaca ebook super wahm super mom untuk yang keberapa kalinya, tak berapa ingat sebab selalu diulang-ulang pembacaan.  Saya sangat seronok membaca ebook ini kerana kandungannya sangat memberi kata semangat dan mencetuskan sumber inspirasi. Di sini saya ulas sedikit tentang ebook super wahm super mom ini.
Suka saya nyatakan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita.  Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah.  Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah.  Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’.  Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri.  Sebenarnya pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar. Malah kalian bukan sahaja dapat melihat anak-anak membesar depan mata, makan pakaian keluarga juga dapat diuruskan dengan sempurna.
Ibu-ibu yang berada di rumah boleh mengambil peluang yang ada bukan sahaja duduk di rumah semata-mata menguruskan rumah tangga. Cuba terokai dan pelajari serta cari peluang-peluang yang ada untuk memulakan langkah menambah pendapatan. Sebagai contoh, jika suri yang ada kelapangan melayari internet, cuba terokai dan cari peluang yang boleh digunakan untuk menjana rezeki hanya melalui talian dan yang tidak memerlukan suri bergerak ke luar sepenuhnya.  Dengan cara ini, insya Allah pengurusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa dan suri juga sudah dapat melakukan satu aktiviti yang lebih berfaedah serta dapat membantu suami.



WAHM yang membawa maksud work at home mom (menguruskan dua perkara iaitu bekerja atau bisnes dan rumahtangga).  Ini merupakan trend yang sangat popular kini. Sudah ramai wanita yang menjadi wahm dan melakukannya secara sepenuh masa atau sambilan.  Walau bagaimanapun, masih ada persoalan daripada ramai yang masih keliru sama ada mahu terus bekerja atau berhenti untuk menguruskan bisnes yang sedang rancak naik.  Sebenarnya semua jawapan bagi persoalan ini sudah terjawab dalam ebook ini.  Bagi yang masih keliru untuk memilih, Insya Allah jika kalian membaca ebook ini pasti kalian lebih yakin untuk membuat keputusan.
Dalam ebook ini juga ada perkongsian daripada Puan M yang berkongsi delima, terpaksa berhenti bekerja kerana keadaan kesihatan yang sangat merosot dan keadaan kewangan yang tidak stabil. Tapi tiada pilihan lain. Cari peluang yang boleh membantu menjana pendapatan. Ia tidak mudah dan memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan.  Kembali pada Allah, diberikan satu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui.  Punca rezeki juga dari Allah.  Insya Allah tetapkan hati, rezeki di mana-mana. Cari dan gali semangat dan peluang baru.  Situasi terkini Puan M, boleh diikuti dalam ebook ini.
‘’Sekarang baru perasan yang rupanya mak bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab mahu pastikan anak-anak sentiasa depan mata dan selamat.  Satu pekerjaan yang ramai ibu-ibu masa kini yang memegang ijazah, master dan PHD impikan. Bidang yang dulu saya benci tapi kini menjadi sumber pendapatan dan suatu yang suka saya buat dan saya sayang bisnes saya.  Kini saya adalah imej pada mak saya satu ketika dulu’’ (Pn Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com)
''Tak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat betul saya percaya kita dipermudahkan.  Ramai yang membuat tanggapan saya tak perlu bersusah payah kerana berkahwin dengan suami yang bergelar doktor.  Namun sebagai hamba Allah kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain''(Pn. Norazizah Ruslan, Bisnes & Health Advisor)
Penulis ada menyentuh pelbagai aspek tentang cara bagaimana menguruskan stress supaya semua aktiviti dan tugasan dapat diuruskan dengan sempurna.  Bagaimana mahu memotivasikan diri yang akan lemau apabila berdepan dengan situasi stress. Malah turut ada perkongsian dan pandangan serta pengalaman ibu-ibu dalam menguruskan masa dan cabaran membesarkan anak-anak.  Dalam masa yang sama turut melakukan bisnes sebagai sumber rezeki.
Bergerak tidak bertangguh dalam menguruskan masa dan menyelesaikan matlamat yang perlu dicapai supaya pengurusan masa dapat diuruskan dengan success.  Penting bagi kita yang memilih untuk menjadi WAHM, muhasabah dan lihat kembali apa sebenarnya matlamat yang kita mahukan.  Jadikan ia sebagai matlamat utama. 

Seperti kata penulis, sangat penting uruskan sibuk yang terurus. Cuba buat agihan tugas  mengikut keutamaan.  Salah satunya ubah kebiasaan.  Rancang ruti kerja sehari, seminggu, sebulan dan setahun. Senarai kerja bukan hanya perlu untuk wanita yang bekerja di pejabat. Malah suri juga perlu ada senarai kerja yang mahu dilakukan keesokkan hari supaya hari tersebut dapat berlalu dengan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang serta dapat menyudahkan semua dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.  Setiap orang memiliki putaran 24 jam yang sama.  Maka perancangan yang jelas spesifik dan realistic perlu untuk membantu mencapai matlamat.
Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta keluarga.  Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa. Cara mengawal semangat yang teruk ketika melihat kerja rumah yang terlampau banyak, perlu ada motivasi supaya tidak mudah merundum.  Jika ibu yang tidak pandai menguruskan masa dan aktiviti dengan terancang, maka itu yang akan menyebabkan mereka mudah stress, mudah marah dan akhirnya anak-anak yang akan menjadi mangsa.
Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika mahu tidur.  Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.
Tidak kita apa pun jawatan dan tugas yang kalian lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga, ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi supaya semangat tidak sentiasa merundum, tidak lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir. 

Saya sendiri membacanya berulang kali. Setiap kali baca pasti akan bersemangat. Fikir dan sentiasa letakkan diminda, semat kuat-kuat apa matlamat sebenarnya kita mahu dalam menguruskan keluarga dan mencari pendapatan.   Jika rasa tidak bersemangat, bacalah ebook ini.  Insya Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu hati kita

Belajar macam mana nak berbisnes



Assalamualaikum 



ABDR adalah sebuah kelas online untuk semua yang meminati nak bisnes. Anda akan di ajar ikut kelapangan masa anda bila nak mulakan, tak perlu keluar rumah. Untuk yang nak join belajar tentang membuat blog, panduan untuk membuka butik, super wahm dan 101 idea home based bisnes. Hanya pilih pakej yang anda nak.


Bagaimana pengurus online akademi, dapat membantu kalian menjana pendapatan hanya dari rumah.

daftar sebagai pengurus online akademi.
* Hanya daftar dengan yuran pendaftaran pengurus online akademi.
* Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan)
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.

Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana sudah ada pasukan pengurus online akademi yang beroleh hasil seperti ini. Tapi dengan syarat utama, ikut apa yang telah diajar, mula praktik, mula promosi, dan yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Bila anda sudah sedia boleh mula daftar ya.


==================


Berminat hubungi saya : 
Pn.masni Mahi 
Pm/whatsapp ke : 0174348737
Facebook :Ibu Nur Aisyah
Email : masnibintimahi@gmail.com



Thursday, September 25, 2014

Inspirasi Super Wahm Super Mom



Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.


Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.



Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.



Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.


"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013


Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut.



Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."




Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah

Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."




Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 

Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)




Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi

Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.



Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.



Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.

Super Wahm dan Super Mom


Assalamualaikum





Nak Buku ni dengan segera hanya klik je link dibawah ye, E-book Super Wahm,Super Mom

==============

Bayar di sini RM25 sahaja.
Klik sini untuk bayar (pn.masayu@gmail.com)
Bayar di sini 

Wednesday, September 24, 2014

Cara-cara nak join ABDR



Assalamualaikum dan Selamat pagi semua


Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu kalian?:-
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan. Dan bonus 3 ebook lain sebagai bahan bacaan dan persediaan sebagai usahawan
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.

✔ Masa yang fleksible, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

KOMITMEN.KESUNGGUHAN.FOKUS & KONSISTEN
Itu yang diperlukan.

==============================


Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-Produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship telekung solat
-Dropship produk makanan
-Dropship produk islamik
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho
7. Kelas penulisan ebook


============================


Berminat hubungi saya : 
Pn.masni Mahi 
Pm/whatsapp ke : 0174348737
Facebook :Ibu Nur Aisyah
Email : masnibintimahi@gmail.com

Promosi Promosi



Assalamualaikum dan selamat pagi semua






Promosi Rahsia khimat pelanggan, usahawan online bermula pada 25.09.2014 sehingga 10.10.2014 adalah tarikh untuk promosi cepat-cepat jangan lepaskan peluang anda untuk membeli dan dapatkan e book lain sebagai bonus dengan percuma.
Syaratnya mudah saja, hantar ulasan dulu.
Kesimpulannya : BELI sekarang - DAPAT ebook - BACA terus - TULIS ulasan - HANTAR kepada saya - PILIH ebook bonus yang kalian mahu.


Berminat hubungi saya : 
Pn.masni Mahi 
Pm/whatsapp ke : 0174348737
Facebook :Ibu Nur Aisyah
Email : masnibintimahi@gmail.com

Saturday, September 20, 2014

SEBELUM DAN SELEPAS JOIN BISNES SHAKLEE


 ASSALAMUALAIKUM SEMUA


Saya MASNI MAHI, ibu kepada NUR AISYAH SOFIA. Saya nak menceritakan pengalaman saya menjadi seorang ibu yang teringin sangat nak susu kan bayi sampai 2 tahun. Mula nya susu badan saya tak berapa keluar, rasa kecewa dan stress sebab susu badan tak banyak. Sehingga la saya tanya kawan, makanan apa yang banyakkan susu badan? kawan saya bagi tahu lah apa yang patut saya makan seperti ulam-ulam, betik muda tu buat sayur, peria dan lobak putih, Alhamdulilah akhirnya saya berjaya.
Sebelum itu mentua saya suruh suami saya belikan susu tepung sebab aisyah memang kuat menyusu, mulanya rasa kecewa lah sebab apa yang saya inginkan tak tercapai. Itu sebelum saya tanya kat kawan saya ye, sejak saya amalkan makanan yang kawan saya bagitahu, sampai sekarang lah  saya menyusukan anak saya hanya susu ibu. Saya bersyukur sangat-sangat apa yang saya inginkan tercapai.
Cuti suami saya masa tu dah nak habis saya ikut la suami saya tinggal dengan kak ipar saya, sebab saya tak berapa suka sangat duduk kat kampung. Masa tu saya tengah pantang tinggal 4 hari lagi baru habis. Kak ipar saya ajak lah saya beli makanan tambahan untuk penyusuan sehingga la saya mencuba, memang makanan tambahan tu membawa hasil yang baik. Susu menjadi banyak dan pekat,  badan pun rasa ringan, aisyah pun sentiasa kenyang dan sekarang anak saya dah 1 tahun 6 bulan harap-harap sampai lah 2 tahun saya menyusukan aisyah. 
Setahun lebih saya guna produk shaklee ni sampai la saya teringin nak mencuba berbisnes shaklee tapi tak tahu nak ikut bisnes shaklee kat siapa, saya tanya la orang yang saya selalu beli shaklee tu, dia bagi tahu lah apa yang patut kalau nak join shaklee hati tapi masa itu saya tak berminat lagi sehingga la saya baca tentang produk shaklee masa tu lah baru ada aura nak berbisnes. Sebelum tu saya cuba tanya suami dulu, boleh ke saya berbisnes shaklee? suami pun jawab lah kalau yakin nak berbisnes shaklee teruskanlah, memang masa tu saya happy sangat-sangat. 
Saya carilah orang tengah berbisnes shaklee sehingga la saya jumpa sifu saya kak zefa@ibu bukan orang yang saya selalu beli produk shaklee yea, sampai lah saya jadi ahli shaklee dibawah bimbingan nya sampai sekarang. Memang masa itu saya suka sangat-sangat berbisnes walaupun tak berapa sangat orang nak beli, saya takkan putus asa nak mencuba dan berusaha sampai lah saya dapat bonus dari shaklee. Biar sikit tapi bagi saya nilai nya banyak buat saya, itu lah duit hasil saya join shaklee untuk pertama kali.
Itu lah pengalaman saya sebelum dan selepas join bisnes shaklee.