Saturday, September 27, 2014

Rancang penulisan


1.      Sediakan buku catatan khusus untuk blog.
Buat catatan setiap hari. Apabila ada masa lapang, tulis semula di blog. Buku catatan adalah satu cara termudah untuk melatih penulisan. Tulis apa sahaja yang berlaku, sebaik buka mata hingg tidur malam hari.
2.      Tulis semula mengikut tarikh.
Setiap hari kita boleh perolehi banyak perkara, tulis berkaitan aktiviti rutin. Tulis pengalaman baru, pengalaman manis. Tulis, dan tulis semula dalam blog.
3.  Pecahkan penulisan mengikut label/kategori. Lima label asas diberikan iaitu, catatan harian, catatan pengalaman, tiga lagi berdasarkan jawapan analisa.

Tips konsisten menulis
-          Rancang penulisan berdasarkan kerangka besar mengikut label/kategori yang diberikan.
-          Mula pecahkan mengikut kategori dan entri
-          Kecilkan lagi untuk maklumat harian, boleh disimpan sebagai draf atau terus publish walau dua paragraph.
-          Apabila ada kesempatan curi masa untuk tambah dan sunting.

Tugasan pertama yang kena buat


Assalamualaikum 

sebelum kita nak mulakan kelas apa yang kita perlu buat ada ialah senaraikan semak analisa sebelum mula bina blog.


Senarai semak analisa sebelum mula bina blog.

1. Nama mengikut ic
Tujuan penjenamaan diri di blog, fb, bisnes dan urusan profesional.

2. Pendidikan
Asas penting untuk tahu kemahiran dan juga latar belakang awal membantu dalam sokngan penjenamana diri dan memperkenalkan diri kepada pembaca, bakal pelanggan.

3. Pengalaman kerja
Juga penting untuk memudahkan penulisan dalam Catatan Pengalaman. Pengalaman ini sangat penting, dan membantu idea penulisan. Ia boleh jadi pengalaman yang mahal untuk dikongsi. Ia juga seperti resume diri dalam blog.

4. Pengalaman bisnes
Juga penting, membantu memberi keyakinan kepda pembaca/pelanggan. Ini juga penting dan penentuan label blog.

5. Minat, kemahiran, kepakaran.
Kadangkala selain tiga perkara yang ini juga, setiap individu ada bakat atau kemahiran yang lain. Ini boleh dikembangkan lagi dalam bisnes atau aktiviti yang lain. Sangat penting perkara no.5 dan ia boleh juga menentukan tajuk blog.

6. Buku, jenis bahan bacaan yang suka dibaca.
Ini juga membantu untuk penentuan tajuk blog. Selain itu ia membantu penentuan label dan buku rujukan/ bahan penllisan. Jadi penulisa tidak akan putus idea.

7. Nyatakan url blog sedia ada dan fan page. 
Sangat penting, kadangkala ada pelajar yang sudah ada blog, jadi kita boleh tengok sebelum dan selepas masuk kelas.