Assalamualaikum semua
Teks : Akademi bekerja di rumah
AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Akademik Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah.
Akademi ini menawarkan tenaga pengajar yang bersedia memberikan khidmat latihan dalam talian untuk membantu kaum suri memulakan perniagaan secara online. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah dan inilah yang menjadi fokus utama penubuhan Akademi Bekerja Di Rumah.
Bagi yang berminat untuk melakukan perniagaan secara dalam talian, bolehlah mengambil kelas asas blog & fanpage yang dikendalikan oleh beberapa orang guru online yang lain. Kelas ini adalah kelas 100% melalui dalam talian iaitu cara berhubung melalui facebook. Nota akan diberikan berdasarkan silibus-silibus yang telah ditetapkan dan setiap peserta harus menyiapkan tugasan dan akan disemak/diperbetulkan oleh guru online. Tiada had masa untuk belajar tetapi sekiranya pelajar sudah boleh berniaga sendiri maka dikira sudah boleh lulus dari Akademi Belajar Di Rumah.
Siapakah pengasas ABDR?
- Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad
- Beliau merupakan bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa (WAHM), sebelum ni beliau merupakan seorang wartawan dan pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air.
- Penulisan yang fokus utama beliau dan wujudnya ABDR ini sebagai kumpulan sokongan kepada suri rumah yang mahu menjana pendaptan dari rumah dengan menggunakan platfrom blog dan fanpage di facebook. Melalui ABDR, beliau begitu fokus untuk memberi panduan tentang ibu bekerja dari rumah atau dikenali sebagi WAHM (work At Home Mom) dan pejabat di rumah (SOHO).
- Sejak bergelar sebagai WAHM, beliau menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana wang Di Rumah, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik, Ebook Super WAHM, Super Mom dan beberapa buku lagi yang bakal di terbitkan.
- Nak mengenali beliau lebih mendalam, saya jemput semua orang untuk ke blog beliau iaitu di Blog Panduan bekerja Di Rumah(WAHM, SAHM dan Soho.
Apa yang ditawarkan oleh ABDR?
- kelas online asas blog dan penulisan
- Kelas online asa blog dan Fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- kelas online penulisan kreatif
- kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempah Blog Bisnes/ Blog penulisan
- Ruang iklan di Soho Directory
Kelebihan menyertai ABDR
- Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.
- Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
- Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
- ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
- Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
- Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
- Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
- Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
- Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
- macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.
========================

No comments:
Post a Comment